1. Mengapa namanya hobi? Ia dibuat ketika waktu lapang, dilakukan dengan penuh perasaan dan biasanya melabur RM dengan banyak.
2. Biasanya isteri mengomel dengan hobi kita. Cubalah tanya isteri yang suaminya bersungguh dengan audio kereta, memancing dan bermain burung.
3. Bayangkan setiap masa bermain burung, dari pagi hingga ke senja. Burung pun penat apabila kerap dimainkan.
4. Kerana hobi memerlukan pelaburan besar dari segi wang dan perasaan, boleh atau tidak kita menjana wang dari hobi?
5. Boleh.
6. Membaca dan menulis adalah hobi semenjak kecil. Ketika tingkatan 3, saya menang pertandingan Pidato peringkat negeri Selangor di Shah Alam. Tunai mendapat RM 500, semuanya saya belikan buku di kedai buku Marwilis sehingga Cikgu pengiring pun saya tak sempat belanja makan sebab wang sudah habis membeli buku.
7. Ini tidak termasuk kegilaan memborong buku di Jakarta. Saya boleh lepak di Gramedia 6 jam semata-mata kerana buku.
8. Secara perlahan saya mengkaji bagaimana menulis boleh mendatangkan pendapatan. Rupanya kolum artikel di akhbar pun berbayar.
9. Saya belajar lagi menerbit buku secara solo. Menjelajah ke Bukit Serdang mencari pencetak. Bertemu dengan pemain industri bagaimana menerbitkan buku. Alhamdulillah sudah hampir 20 buku saya tulis dan terbit.
10. Rahsianya memahami eco system. Bagaimana semua hobi akan wujud eco system sendiri. Semua hobi akan ada player baru. Pemain hobi lama akan menjadi pembekal dan menasihat. Itu semua sumber wang.
11. Sungguh. Berikan sebahagian hasil pendapatan kepada isteri. Senyumnya akan lebar dan menjadi penyokong nombor 1, biar pun kegemaran hanya bermain burung.










