2023 – Kehidupan Seimbang Siri 1

Kehidupan yang seimbang 2023. Seronok melihat paparan teman-teman di media sosial. Ada yang terlebih gembira, ada yang masih belum dapat move on.
.
Di kebun pagi ini, selain melihat pokok-pokok durian, kita bersenda gurau dengan Sang Monyet yang menghabiskan putik durian. Nak marah juga, namun saya beranggapan kehidupan ini ada kongsi-kongsian. Dari barang fizikal hingga perasaan. Itu pun kepada yang sudi.
.
2023, adalah kehidupan yang lebih seimbang. Berusaha hidup tanpa stres, minima hutang dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain.
.
Pada saya 9 elemen balance of life adalah aktiviti:
1. Menambah pendapatan
2. Mengurus kesihatan
3. Melaksanakan hobi
4. Mengembang lingkungan sosial
5. Aktivis komuniti / politik
6. Meningkatkan pelaburan
7. Memupuk ikatan kekeluargaan
8. Mempertingkat praktis agama
9. Mencipta jenama.
.
Moga 2023 memberi kehidupan yang lebih bermanfaat kepada diri, agama, masyarakat dan dunia.